Thursday, October 11, 2012

Oh bhaiya! *sambil nyanyi lagu hindustan*


Assalamualaikum.
Siapa kat sini anak tunggal? 
Anak bongsu yang cuma punya kakak? 
Ataupun adik beradik semua perempuan?

Ada?
Kalau ada kat sini macam tu, *shake hand* tahniah. Kita sama.

Jangan judge dulu. Aku ada abang. Tapi ghaib. Acano tu? HAHAHA *gelak gagap*

Aku punya abang, dalam konteks ayat melayu, adik beradik seibu sebapa yang jantinanya opposite perempuan. Pondan? Ado lakk. Pondan tak termasuk langsung kategori jantina. 

Abang. Aku punya abang. Ado tapi supo takdok. Tak habis pikir aku kemana dia sekarang. Kalau hidup, tiada berita. Kalau mati, mana kuburnya? Tapi aku tahu lah abang aku hidup lagi. Cuma dia macam dah pergi 'jauh' benar dari hidup aku. Berpuluh tahun. 
(ceh, padahal umur baru 23)

-.- 

Abang, manalah kau hilang ntah?

Lama laa aku menagih simpati. Last-last, satu manusia hinggap dalam hidup aku yg kacau bilau ni. ABANG ANGKAT. Saja aku capital-kan sebab beliau sangat penting dalam hidup aku selain daripada 

Allah SWT--yang pertama,
Rasulullah--comes after 
mak ayah--ketiga yang aku sayang
bakal husband-- *Love*
dan beliau,
abang angkat. 

Bet Aziz, 27 tahun, rockstar kat utara nun..

Kuat makan fastfood, macam aku jugak.


Ironbet! Silap tokleh terbang je. Lompat pun tokleh. Haha

Photographer kegemaran anak dara malaya. AFUNDI BET.

BETMAN. sebelah tu bukan robin.

Malam beliau henshin jadi rockstar.

*senyum sampai rabak mulut*
Aku gelar dia along. Daripada along la, angah (aku) kenal acik (OJ). *senyum lagi*

Along ni la yang banyak membantu perkembangan emosi aku dari semasa ke semasa. Walaupun beliau ni dok jauh nun kat utara sana, tapi tu semua tak menghalang utk beliau menjalankan tanggungjawab sebagai abang. Mamat gigi rabit ni la yang banyak nasihatkan aku dalam segala macam masalah duniawi aku. Bila di alam cyber, dia ni la pengganti mak aku. (mak aku hidup sihat alhamdulillah walafiat lagi okay?) 

Walaupun kau suka membebel long, kadang-kadang perit telinga aku kebalkan, tapi aku sayang la kau ni long. *smackdown along* 

Tak pernah sikit pun aku membezakan dia dengan abang kandung aku. Semua tanggungjawab seorang abang, dengan jayanya dia pikul. 

Tapi akan ada satu masa nanti bila dia akan membahagikan kasih sayang dia tu antara aku dan orang lain. Ye ah, habis, takkan dia taknak kawin kot? GILA. Haha. Nanti bila beliau dah kawin, aku kena bagi crown tu kat bini beliau la pulak, tak gittew? *angkat kening* :)

Citer best, aku pun dah nak kawin. HAHAHAHA perasannya >.<

Sekarang, aku ada 3 orang lelaki penting dalam hidup aku. 
--Abah, Hazezy, dan lu along. Gua sayang lu matbet!! T______________T Hahaha

Along kata hadiah kawin aku sok dia nak beli audi. Ye ar bet, aku tunggu tau? Haha *tipu*

Kalau nak tengok performance beliau 7 oktober baru-baru ni, sila click play :)




Heee thanks for reading!






2 comments: