Thursday, October 11, 2012

Pore Smoother dan Lip Pot!

Assalamualaikum.

Kali ni aku nak share dua product dengan y'olls. Benda alah ni dah lama timbul kat pasaran, cuma aku je yang lambat nak tahu heeee :D

Dua product ni banyak membantu aku bila bermekap. Walaupun dua benda ni nampak macam simple, tapi penggunaannya boleh mengubah sedikit sebanyak seri wajah anda! (dramatik gila >.<)

Product pertama: Pore Smoother

Aku beli ni bulan lepas kat Watsons. Product under Za. Apa sebenarnya Pore Smoother a.k.a PS ni? PS ni sebenarnya sejenis balm yang kita sapu pada bahagian kulit yang liang pori ter-kelihatan sangat-sangat dahsyat. Wah dramatik gila ayat. Tapi memang betul lah. Ala, fungsi dia sama macam kita pakai lipbalm. Kita pakai lipbalm untuk bagi bibir kita soft, and sometimes kita guna tu utk touchup mekap bibir kan? Sama la jugak dengan PS. Cuma bezanya, PS ni kita bubuh kat pori kulit, especially muka. Jangan kau bubuh tempat lain pulak macam dalam hidung, tempat sulit ke apa ke, jangan la kesitu -.-

Keberkesanan skinbalm ni cepat, langsung boleh mengurangkan kenampakan pori tu. Kalau macam aku, aku pakai ni sebelum pakai compact powder. Hidung aku banyak pori yang extremely boleh nampak dengan ketara, so aku sapu benda ni sikit kat hidung. Boleh terasa licinnya hidung aku pastu. Then, aku terus bubuh compact powder kegemaran aku. 


Memang nampak kaler dia putih, tapi sebenarnya kaler dia jernih. Masa nak beli tu, aku macam, "ah tak caya ah product acani.." So, aku pun try la tester dia. Celet sikit kat permukaan tangan pastu sapu. Ajaib gila, kulit yg macam pokok kayu manis tu boleh jadi licin and lembut sungguh dipegang.

So, aku pun belilah. Aku guna ni kadang-kadang je tak selalu pun. Aku guna ni sebagai pengganti foundation (kalau nak cepat, tak sempat mekap) Haha penyelamat dunia.



Kedua: Lip Pot 

Lip Pot ni adalah lipbalm tapi dengan perisa. Yang macam aku beli ni, perasa watermelon. Oh baunya sangat wangi and bila pakai kat bibir, ada rasa buah! Tapi janganlah saje-saje makan benda ni. Haha. Dulu aku pakai lipbalm yang biasa tu, tapi lepas jumpa ni, aku pakai yg ni pulak. Sebab kaler dia cantik, plus bau dia sedap :) Fungsi-fungsinya takyah la aku explain lagi mesti korang semua tahu dah kan apa fungsi lipbalm? Beza lip pot dengan lipbalm cuma packaging-nya saje! :)

Penggunaan lip pot/lipbalm boleh mengubah tekstur bibir anda, kalau guna dengan cara yg berbeza. Contoh: 

Contoh 1
Yang macam aku pakai dalam Contoh 1 tu, cara penggunaannya--aku guna lipstick kaler light pink (takyah la sebut brand, pakai apa je yg korang selesa with) and then, aku guna sikit lip pot. Yang cara ni penggunaan menyeluruh. Okay, jom tengok contoh lain.


Contoh 2
Yang macam Contoh 2 pulak, aku cuma pakai lipbalm SAHAJA di lower lips and 1/3 di upper lips. 



Contoh 3
Okay, yang macam Contoh 3 ni, cara penggunaannya banyak steps sikit. Pertama, aku conceal bibir dulu dengan concealer. Kedua, aku pakai sikit lipstick kaler light pink favourite aku di bibir bahagian bawah SAHAJA. Next, aku letak lip pot, juga di bahagian bawah SAHAJA. And then, aku just dab a little bit powder on my brush, and then lightly dab it on your lips. (untuk hilangkan excess lip pot yg berlebihan supaya bibir tak nampak macam baru tumpah minyak). Final step, ketap bibir anda supaya dapat light effect utk bibir atas.


Biasanya aku buat semua ni bila niat nak keluar jalan-jalan atau utk pictures time. Kat rumah, aku just buang kulit mati bibir tu dengan berus gigi. :)


Aku suka guna Lip Pot ni sebab dia pigmented on pale lips. Bibir pucat boleh jadi sihat.

Harga dua product ni aku tak ingatlah pulak. Tapi kalau tak silap aku, pore Smoother tu dalam around RM 33 something, and Lip Pot tu dalam RM 8 something-something.


For more information about Pore Smoother, click here:
http://www.za-cosmetics.com/english/product/skincare/anti-sebum/pore_smoother.html

Thanks for reading!

2 comments: