Wednesday, January 11, 2012

Kiddo's New Trend-Acting Like A Spoiled Brat

Assalamualaikum. Tengok tajuk pon dah tahu betapa aku annoyed dengan budak-budak zaman sekarang. (boleh lah panggil dorang budak sebab aku dah masuk kategori tua) Amboi? Boleh kawin dah ka? Okay skip that. Sebenarnya tadi kerja stalk orang. Selak-selak album, baca previous statuses orang, etc etc. Done. 
Kalau setakat update pergi salon, mencekik secawan tutti fruiti dan lepak-lepak dengan boyfriend all in an hour pastu canang kat facebook, tu trend basi. People getting bored dah dengan benda-benda macam tu. Tapi sekarang dah ada wabak baru. Asal tengok status social network je (facebook, twitter, whatever you could think of) mesti "I'm getting bigger..", "Ouch I dah takde curvy body...so shaddddd". Itu satu. Next, pencetus segala discussion. Mulalah the other kiddo comment, "Alaaa mane ade you gemok, I lagi gemok tau...".
WHAT IS THIS?? 

Seriously kids, korang pakai seluar saiz 26, lebar tambah seinci korang dah membebel gemok. Habes, orang yg macam kitorang yg pakai seluar saiz 30 ni nak classify ape? Merengek konon gemok sangat tapi bila lelaki handsome tanya berat, tak nak pulak jawab. Malu konon. Masa canang satu dunia yg kau gemok pakai seluar saiz 26 kau tak malu? Ianya tak cool, malah tak cute langsung. You think guys suka la korang terkinja-kinja cakap pasal non-existent extra fat korang tu? Believe me, LELAKI MENYAMPAH. Dimanakah salahnya mengaku bila kau benar-benar gemok dan jangan adakan cerita kau gemok padahal kau tidak? 
Trend. Semua nak berlagak anak orang kaya. Gemok sikit tak boleh, naik motor tak boleh, dating mesti forever nak kat KLCC, The Curve, Pavi. Naseb kalau dapat boyfriend tak berduit, kau nak suruh boyfriend kau jual badan? Kutip sampah buat partime tambah extra money semata-mata nak bawak kau dating tempat mahal-mahal? 
Handphone mesti Iphone. Tak Iphone, tak cool. Kitab mana kau baca? Ukur badan sendiri la. Tengok, kan aku dah melalut. So please, tolonglah jangan buat perangai spoiled kat facebook. Kalau boyfriend kau tak menyampah, kitorang as an adult ni tersangatlah menyampah......tau.
Jadi, to sum up, aku nak mintak tolong. Kiddo, please :
1. Berhenti merengek gemok (padahal you're not) just to get attention.
2. Jangan buli boyfriend anda dengan asik dating kat tempat mewah-mewah pastu upload gambar hidong kembang, lidah terjulur keluar. Macam itik.
3. Tolong tulis bahasa yg mudah difahami. Malaysia ataupun Amerika tak cipta bahasa "SaYew CukEW DiEt cEbaB titEw gErmoWk DarH..." Tolongggg jangannnnnn!

Itu sahaja. Saya tidak di-sponsor oleh mana-mana pihak mahupun menggunakan makeup artist. Saya hanyalah seorang yg meluahkan perasaan terhadap individu yg kurang menggunakan otak. Sesiapa yg terasa, tersinggung, terjatuh, boleh cari pintu. Bukak pintu tersebut dan terjun. Terima kasih.

1 comment:

  1. k.yang num 3 tu memangggggggggggg sangat betol.kekadang x boley faham apa y diaorang nak sampaikn sebenarnya.
    hehehe...

    ReplyDelete