I miss you..
Innalillahi wainnailaihi rojiun. Suaraku serak basah. Angin kencang sekali memanggil hujan yang lebat. Pokok bergoyang ke kiri ke kanan, melambai dia disana. Kenapa aku begini emosi? Kerana aku baru sahaja kehilangan Aunty yang ku kasihi, Dunia dan akhirat. Arwah, Anisah Hussain telah meninggal dunia pada umur 53 tahun. Beliau pergi pada hari Jumaat, 2 Disember 2011. Pergi. Tidak kembali. Pergi. Membawa separuh hatiku. Tiada apa yg tinggal. Cuma beberapa barang peninggalannya, Dan sisa-sisa kenangan yg ada. Jiwa aku memberontak, Mati pada setiap kali nama dia muncul di fikiranku. Berat sungguh ujian Allah. Tapi Insha Allah, aku boleh bertahan. Kerana aku tahu, semua ini pinjaman. Allah tidak pernah berkira waktu Dia meminjamkan arwah kepada aku. Jadi mengapa harus aku merungut pabila Dia mahukannya semula? Terima kasih Ya Allah. Aku dapat merasa begitu banyak kebahagiaan bersama arwah. Kini, aku pulangkan kembali apa yg seharusnya menjadi milikMu. Aku mohon maaf Ya Allah. Aku menangis tiada henti. Aku senyum pada manusia di kelilingku. Bila bersendirian...aku hanya bisa memeluk barang peninggalannya. Al Fatihah penyambung doaku untuk dia. Sampaikan padanya agar dia tenang disana.
Aunty sayang... Sofi rindukan senyuman aunty. Sofi masih boleh terdengar hilai tawa aunty. Mekar dalam ingatan Sofi. Terima kasih untuk setiap waktu yang aunty telah luangkan untuk Sofi. Sofi sangat sayangkan aunty. Tapi Allah loves you more sayang.. Baik-baik disana.. Tunngu Sofi. Nanti Sofi menyusul aunty.. Goodnight sayang...
No comments:
Post a Comment