Thursday, November 3, 2011

Posto.

Ke hadapan abg Bryan atau Chad atau Shahrulnizam (aku lupa) etc etc,

Assalamualaikum Manson (manson lah, aku suka ni) Perlu ke aku type mukadimahnya dulu? Sorry, aku tak berapa pandai tulis surat. Rasmi atau pun tak rasmi. Sumpah tak ingat dah. Terlebih dahulu, kucing aku Wiwi kirim salam. Setahun yang lepas. Aku tinggalkan dia kat Ampang. Macam aku tinggalkan ko dulu. Alahai kenapa sebak pulak tetiba? Aku menangis ni Chad. Aku menangis sebab tak pernah, Tak pernah, Tak pernah aku tengok manusia punya banyak nama mcm ko
Sumpah aku bukan paparazi. Sudah! Lebih baik aku straight to the point. Selepas ngobrol panjang dengan ko tadi, Aku tetiba keluar air hidung. Hadesss...rupanya aku termenangis. Ni semua ko punya pasal. Sebak, Sedih, Semua se- aku rasa. Aku mintak maaf sebab tinggalkan ko kat airport dulu. Setahun dulu. Masa tu mungkin beribu-ribu syaiton nirhojim berkubang di jiwa aku. Sampai setahun aku mendiamkan diri. Yang sadisnya, aku marah kat ko punyalah lama sampai aku tak ingat dah apa benda yang aku marahkan ko dulu. Sumpah. Aku bukan paparazi. Aku harap, lepas aku dah terjaga dari tidur ni, aku dapat kemaafan ko. Semula.

Aku sayang ko.

Love,
Sophia. 

No comments:

Post a Comment