memang betul kata orang, kita akan berasa dekat dengan Allah bila kita dalam dua keadaan. pertama, apabila kita sedang sujud. dan kedua, apabila kita dalam kesusahan.
Allah, aku dalam kesusahan sekarang. tapi aku malu, sebab aku hanya ingat padaMu pada waktu aku susah, dan tidak pada waktu lain-lainnya.. jahilnya aku. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Pengampun.
di pada waktu kebencian dan dendam yg semakin mendalam dalam hati aku, kau hadir, dekat ketika aku terdengar suatu lagu. betapa aku tersedar. tanpa aku sedar, mataku digenangi air tangisanku sendiri.
Allah, aku mahu mengadu..
tahukah Kau aku selalu dipandang rendah, hina, dan sesetengahnya menganggap aku ini jahil. bodoh.
hanya kerana aku miskin, hanya kerana aku tidak berpangkat tinggi seperti wanita lain, aku dibanding-bandingkan dengan hawa yg lain.
ya, aku tahu Kau sesungguhnya tahu..
Allah, aku benci teman lelaki ku. aku benci bagaimana dia berkata-kata. aku benci bagaimana aku telah melihat dia seperti aku melihat bekas teman lelaki ku yg sebelumnya. semakin hari semakin benci. tiada panggilan lagi. tiada pesanan lagi. tiada sayang, tiada rindu. aku hanya benci. kerana sepatah perkataan yg dia ucapkan, aku merasa dia belum layak untuk menjadi teman hidupku.
kerana, sepatah perkataan itu, tidak akan mungkin diluahkan oleh manusia ke seorang manusia yg lain.
Allah,
manusia ini naif. yg disangka keluarga, belum tentu keluarga.
yg disangka baik, sebenarnya gunting dalam lipatan.
aku selalu dibuli, ditipu berkali-kali. walaupun orang itu fikir aku tidak mengetahui penipuan dia, tapi sebenarnya aku tahu. dan ia membuatkanku berasa sangat-sangat jelik. mual. dan jijik.
apa itu sahabat?
ajarkan aku apa maknanya.
berikan aku..
satu sahabat.
yg tidak akan menikam aku dari belakang,
yg menerima aku seadanya.
berikan aku keluarga.
yg menyayangi aku.
berikan aku keluarga,
yg memahami aku.
and someone said,
"jangan minta tolong orang selalu, nanti orang benci."
well, its true.
my dear Allah, thanks for reading my letter and reading my heart.
i love You Allah, dan sayangMu pada hamba-hambaMu tiada tandingannya.
ini lagu yg memberikan aku kesedaran, dan kesedaran itu datang pada hanya sedetik saat berlalu.
dalam sekelip mata..
No comments:
Post a Comment